Sunday 31 March 2013

ISNIN / 01.04.2013

TERKINI :

1) Keceriaan bilik pengawas minggu ini bertugas bawah SITI FATIMAH

2) kepada pengawas yang belum menghantar laporan tugasan pengawas , sila hantar ESOK (02.04.13) pada LIM JOE ANN

UCAPAN KETUA PENGAWAS SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMKTS TAHUN 2013



Selamat  sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan,  guru-guru, dan rakan seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu,  saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dipilih oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,
Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan memikul tanggungjawab ini dengan amanah dan dedikasi.

Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Oleh hal yang demikian,  saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini penting agar tindakan  dapat diambil oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Sekian,  terima kasih.

Sunday 17 March 2013

18.03.2013 / ISNIN

TERKINI :

1) Esok semua pengawas WAJIB stay back untuk rehearsal Majlis Perlantikan Pengawas . sebarang alasan TIDAK akan diterima .



Tuesday 12 March 2013

12.3.2013 / SELASA

TERKINI :

1) Berita baik , sekolah telah memberi sumbangan sebanyak rm10 ringgit kepada semua pengawas dan duit itu telah dimasukkan ke dalam tabung lawatan .

2) Kepada mana-mana pengawas yang membuat design t-shirt pengawas, anda boleh melakukannya dengan mengklik gambar Design your own t-shirt di sebelah...  Tarikh tutup ialah pada....

Saturday 2 March 2013

03.02.2013 / AHAD

TERKINI :

1) Hari Selasa (5.3.2013) ada latihan untuk Majlis Perlantikan Pengawas , semua pengawas DI WAJIBKAN hadir .

2) Minggu ini tugas kecerian bawah pemantauan AINA SYAZWINA

3) Esok pagi ada sportcheck secara besar-besaran . Pengawas perlu memeriksa kekemasan diri pelajar selepas perhimpunan .