Sunday 31 March 2013

UCAPAN KETUA PENGAWAS SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMKTS TAHUN 2013



Selamat  sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan,  guru-guru, dan rakan seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu,  saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang dipilih oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,
Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah. Saya akan memikul tanggungjawab ini dengan amanah dan dedikasi.

Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Oleh hal yang demikian,  saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada pengawas. Hal ini penting agar tindakan  dapat diambil oleh pihak pentadbiran dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Sekian,  terima kasih.

No comments: